KEPENTINGAN BUAH-BUAHAN TEMPATAN



Baca teks dibawah dan senaraikan kebaikan buah-buahan tempatan. 

Rahsia kebaikan Buah-Buahan Tempatan

Negara kita amat bertuah kerana para peladang, petani dan jabatan Pertanian kita mampu mengekalkan dan menyokong penanaman buah-buahan tempatan sendiri. Setiap buah-buahan mempunyai kebaikan - kebaikan tersendiri yang mungkin dapat atau telah membantu mengekalkan kesihatan tanpa perlu bergantung kepada ubat-ubatan tambahan. 

Dari aspek botani, buah adalah hasil daripada tumbesaran akhiran bunga angiosperma atau jambak bunga. Definisi atau takrifan ahli botani ini merangkumi buah-buahan berisi yang wujud dari bahagian ovari bunga seperti reseptaker atau daripada penyangga (buah epal, strawberi ), brektia atau daun pelindung dan daun pedunkel (nenas). Walaupun begitu majoriti masyarakat dewasa ini mengenali buah hanya sebagai pembasuh mulut selepas menikmati pelbagai jenis hidangan yang enak.

Disebalik rasanya yang enak, buah-buahan sebenarnya mengandungi khasiat yang tinggi untuk kesihatan. Ia diperkaya dengan zat galian yang mempunyai nilai perubatan dan mampu mengubati pelbagai jenis penyakit. Namun tidak ramai yang menyedari hal ini melainkan masyarakat luar bandar terutamanya golangan tua. Ini kerana masyarakat desa kurang terdedah dengan perubatan moden dan masih lagi kuat mempercayai perubatan tradisional yang diamalkan sejak turun temurun.


Sehubungan dengan itu, Kami amat berbangga denan para petani, pekebun, peladang yang mengusahakan tanaman buah-buahan tempatan mereka seterusnya mampu menambahkan pendapatan mereka dengan meningkatkan pembekalan buah-buahan tempatan hingga ke luar negara. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan