Khamis, 11 Disember 2014

PENGENALAN

Baca teks dibawah dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.

Malaysia merupakan sebuah negara yang kaya dengan buah-buahan tempatan. Antara contoh buah-buahan tempatan seperti buah rambutan, manggis, durian, pisang, betik, langsat, mata kucing dan sebagainya. Buah-buahan ini boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu buah-buahan bermusim dan tidak bermusim. Antara contoh buah-buahan yang tidak bermusim seperti pisang, betik, jambu, nangka dan sebagainya. Manakala, buah-buahan bermusim pula seperti rambutan, durian, langsat, duku, manggis, rambai dan sebagainya. Terdapat banyak faedah yang boleh kita perolehi dengan memakan buah-buahan tempatan. Disamping rasanya yang enak, buah-buahan tempatan juga kaya dengan pelbagai khasiat. Kandungan vitamin yang terdapat dalam buah-buahan tempatan sangat berguna untuk pertumbuhan fizikal .